~Bahan-bahan~
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqU1uP8aNaS9T1aU298lAVkHGFMWoQrCapBHUEg3xYEpcYPWIxopm5Nro433JLurxoDo8Q2dSMZcbahfnXUmYuRsEPg9xBFLPUghqQAm9CGdgJyMGXrgD79juDVCnqZwzNsQz33lquuyq0/s1600/kek.jpg)
* 50g mentega
* 50cc susu segar
3 biji telur
50g tepung
10g serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
40g gula aising
Secubit garam
~Cara-cara~
1.Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
2.Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
3.Panaskan oven ke 140 degree
4.Asingkan telur kuning dan putih.
5.Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
6.Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
7.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
8.Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
9.Bakar selama 45 minit.
10.Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
No comments:
Post a Comment